Seramai 637,000 individu telah mendaftar sebagai penerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui aplikasi MySejahtera.<br />Ketua Penolong Pengarah Kanan bahagian kawalan penyakit Kementerian Kesihatan Dr Mahesh Appannan berkata pada masa ini aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.
